PROGRAM IJAZAH LUAR NEGARA 2013

Lepasan SPM 2012? Ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara? Ini jawapannya!!

EARTH HOUR 2013

Bertindak sekarang!! Selamatkan Bumi kita!

NEW BLOG URL

Welcome new domain. ASA sudah ada domain sendiri. :D

Wednesday, 15 July 2015

SCIENCE TALK: 24 = DARI PLUTO UNTUK CINTA

Assalam readers,

Peminat astronomi pasti mengetahui mengenai kejayaan misi New Horizon merakamkan detik-detik 'Fly-by' di planet kerdil Pluto.

New Horizon merupakan satu projek di bawah NASA yang dilancarkan pada 19 Januari 2006 dan tiba di Pluto pada 14 Julai lalu setelah mengembara sejauh hampir 4.5 bilion kilometer.

New Horizon
Sumber: Space-facts.com
Ramai juga yang berkongsikan imej Pluto yang disiarkan oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat sejak semalam. Gambar ini menjadi viral kerana bentuk hati di atas permukaan planet kerdil tu.

Salam sayang dari Pluto.
Sumber: NASA
ASA antara pelajar yang pada masa itu Pluto masih dianggap sebagai sebuah planet di dalam sistem suria. ASA masih ingat lagi mnemonic yang ASA guna untuk menghafal susunan planet-planet dalam sistem suria: Ultraman Zorro Balik Marikh Membawa Zuhal Untuk Naik Pelamin. *ehem* Hahaha

Namun pada tahun 2006, Pluto telah diklasifikasikan semula sebagai sebuah planet kerdil setelah Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU) secara rasmi mendefinisikan takrif 'planet' susulan penemuan Eris pada tahun 2005 yang 27% lebih besar daripada Pluto. Maka hilanglah pelamin dalam mnemonic kat atas tu. Hah

Gugurnya klasifikasi Planet ke atas Pluto kerana Pluto tidak memenuhi syarat ketiga di bawah untuk diklasifikasikan sebagai sebuah planet, iaitu:

1. Ia mesti mengelilingi Matahari.
2. Mempunyai jisim yang cukup untuk mengandaikan keseimbangan hidrostatik. Dalam kata lain, mempunyai bentuk yang hampir sfera.
3. Telah "mengalihkan jirannya" di sekeliling orbit jasad itu sendiri.

Syarat ketiga ni kalau dalam bahasa ringkasnya bermaksud jasad itu akan menyisir laluan orbitnya dengan bertindakbalas secara graviti dengan jasad-jasad kecil di sekelilingnya atau dengan kata lain membersihkan laluan orbitnya dari sebarang objek yang menganggu pusingan jasad itu di dalam orbitnya (kecuali objek-objek kecil itu mengelilingi jasad itu sendiri: satelit kepada jasad itu).

Apa-apa pun ni ASA kongsi sikit fakta-fakta menarik mengenai Pluto:

1. Pluto mengambil masa 366.73 tahun untuk melengkapkan satu pusingan orbit.
2. Orbit Pluto condong sebanyak hampir 12 darjah dari satah khatulistiwa matahari.
3. Radius Pluto hanya satu perlima daripada radius Bumi.
4. Pluto mempunyai lima bulan: Charon, Hydra, Nix, Kerberos dan Styx.

ADIOS!

Bacaan lanjut:

Tuesday, 14 July 2015

TWO WRONGS DO NOT MAKE A RIGHT! BRO!

Assalam readers...

Dua tiga hari lepas Malaysia dikejutkan dengan kes rusuhan di Plaza Low Yat hanya kerana sebuah telefon. Dan sepanjang malam itu bermacam-macam sebaran dan khabar angin berlegar-legar di lelaman sosial mengenai kejadian itu.

Akhirnya setelah kejadian itu, pihak polis sendiri telah memberikan penjelasan yang agak lebar mengenai kejadian tu yang akhirnya "debunked" semua sebaran-sebaran yang ASA boleh katakan agak CELAKA juga. Sebab apa? Sebab sebaran-sebaran ni boleh menyebabkan berulangnya tragedi 13 Mei.

Apa sudah jadi dengan kita? Di mana otak kita?

Budaya "Mohon Share" tanpa diselidiki terlebih dahulu pucuk pangkal cerita telah menyebabkan ketegangan yang mungkin hanya akan reda dua tiga hari lagi. Yang lebih menyedihkan yang pergi merusuh tu tidak lain orang Islam juga. Sudah lah tu, berlaku di penghujung Ramadan pulak. Malam-malam akhir Ramadan yang sepatutnya diisi dengan ibadah tetapi mereka-mereka ni ke sana pulak. 
Credits: Facebook
Maaf cakap ASA memang 106% menentang perbuatan malam tu. Tambah-tambah menggunakan laungan suci untuk menghalalkan tindakan mereka. Sudahlah ISIS tu menyebabkan Islamophobia meningkat sejak kes 9/11, ni tambah pula geng-geng ni buat kecoh di situ.

Suka ASA ingatkan mereka-mereka yang kaki "Mohon Share" ni kepada ayat di bawah:


Adakah kita sudah lupa dengan cita-cita Rukun Negara kita?

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak:
  • mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;
  • memelihara satu cara hidup demokratik;
  • mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
  • menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; dan
  • membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :
  • KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN;
  • KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA;
  • KELUHURAN PERLEMBAGAAN;
  • KEDAULATAN UNDANG-UNDANG;
  • KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Bro! Two wrongs doesn't make a right!

Ya ASA juga pernah dengar yang ada yang jual telefon klon ni di Low Yat. ASA takkan ulas sebab ASA tak pernah ke sana lagi. Tapi menurut bacaan ASA kes ni tak berkait langsung dengan dakwaan tu. Kalaupun ia berkait seperti sebaran-sebaran liar tu, ia tetap bukan lesen untuk pergi merusuh ke sana. Yang salah tetap salah. Tak kira kau bangsa apa. Manusia kalau nak menipu tu tak kira dia kulit sawo matang ke, mata sepet ke, rambut kerinting ke atau kulit hitam. Kalau hati tu sudah gelap, gelaplah. Jangan menghukum.

Lagi, matlamat tak menghalalkan cara. Pengguna yang bijak boikot kedai yang buat onar, bukan pergi pecahkan barang kedai tu. (Contoh sahaja, tiada kaitan dengan kes.)

Tak ada rasa menyesal ke tabur pasir dalam perniagaan orang yang betul-betul meniaga.

Jangan salahkan orang lain jika diri sendiri tidak mampu bersaing. Diri sendiri pasti tahu kenapa bangsamu tidak mempu bersaing.

Jangan hanya kerana sebuah telefon, keamanan negara terabai. Cukuplah masalah-masalah besar lain yang sudah pun berlaku di hadapan kita.

Akhir kata, Allah tak tanya kau bangsa apa dekat Padang Masyar nanti.

ADOIS!


ASA Says: Menanti Malaysia yang bebas perkauman. Tanpa "Aku Melayu, Kau Cina, Dia India, Mereka Iban,...". Hanya rakyat Malaysia.

Friday, 8 May 2015

AKU DAN MANCHESTER: 3 = POLLING STATION

(Semasa pos ni ditulis. Acara mengira kertas undi sedang berlangsung dengan rancaknya.)

Assalam Readers...
Google Doodle sempena UK General Election 2015
Dah lama ASA tak menulis mengenai hidup ASA di tanah Inggeris ni. Jadi kali ni ASA nak tulis sikit pasal benda yang hangat di UK sepanjang dua tiga bulan lepas: General Election, atau dalam bahasa kita PRU.

So macam dalam PRU kat Malaysia yang kecoh sana sini sepanjang tempoh berkempen dan ditandai dengan kehadiran bendera-bendera parti, sepanduk hinga kereta kebal, jet pun ada; di UK pun macam tu jugak TOLAK bendera, sepanduk (kalau ada pun comel je gitu terpacak dekat rumah penyokong parti), kereta kebal semua tu. Paling-paling pun, kalau tak tengok TV pun (yalah nak tengok TV kena ada lesen kot!!) adalah flyer yang masuk melalui letterbox.

Itu je.
Antara flyer yang masuk ke rumah. Haha
Parti-parti bertanding di UK menyampaikan manifesto dorang melalui media, berdebat mengenai polisi parti mereka dengan ketua-ketua parti bertanding lain dan calon-calon parti yang bertandang dari rumah ke rumah. (Rumah ASA tak ada calon pun datang, cuma pegawai City Council je yang mengetuk untuk check sapa yang belum register untuk mengundi. Hehe)

Satu keunikan pilihan raya di UK ni adalah warganegara Commonwealth juga mempunyai hak yang sama dengan warganegara British untuk mengundi dalam pilihan raya tempatan (aka Local Council Elections), pilihan raya umum (aka General Elections), referendum dan juga pilihan raya parlimen Eropah (aka European Parliament Elections).

Hari ni adalah kali kedua ASA mengundi di UK. Kali pertama ASA mengundi pada tahun lepas untuk Local Council Elections dan European Parliament Elections. Kali ini, ASA mengundi untuk Local Council dan juga General Elections. Melihat kepada situasi pilihan raya umum tahun ini, Labour dan Conservative bertarung sengit dan mengikut tinjauan awam peratusan yang menyokong kedua-dua parti ini sangat rapat: hanya berbeza satu dua mata peratus saja.
Siapa bakal PM UK seterusnya? (Curik dekat WSJ)
Satu yang ASA rasa sangat suka dengan suasana pilihan raya adalah ketenangannya. Bayangkan di Malaysia walaupun hari tu hari mengundi , perayu-perayu undi akan berhimpun di luar tempat mengundi untuk memberikan kempen terakhir sebelum pengundi masuk untuk membuang undi. Di UK jauh beza beb.
Macam nilah rupa sign nak masuk tempat mengundi. (Curik dekat BBC)

Polling Stations tak meriah langsung. Tenang yang amat. Macam hari biasa je. Tempat mengundi pun macam fishy-fishy gitu. Ada yang dekat garaj. Ada dalam kedai dobi dan bar (Ye serius!) dan ada jugak yang pernah dalam sejarah polling station buat dari but kereta sebab jaga sekolah tempat polling station tak sampai lagi. Cuma tanda-tanda yang menunjukkan ada aktiviti pengundian hanyalah papan tanda petunjuk masuk ke tempat undi.

ASA rasa benda ni patut dipraktikkan di Malaysia. Biarlah hari mengundi tu menjadi hari yang paling tenang tanpa laungan orang merayu untuk mengundi parti mereka. Orang nak keluar mengundi pun happy je. Tak gitu?

Nak tahu lebih lanjut?

ADIOS!

ASA Says: Siapa yang ASA undi? R.A.H.S.I.A :p

Thursday, 26 March 2015

SCIENCE TALK: 23 = WAK CHARLATAN

Assalam readers,


Ada tak readers semua pernah dengar ayat-ayat 'cinta lagi manis' macam kat bawah ni:

"Dengan hanya meminum air sakti makti teknologi planet namek (ok exaggerate di situ) ni, kawan saya si polan bin si polan yang menghidap sakit jantung kronik pulih dengan izin-Nya."

atau

"Dengan merebahkan diri/berguling-guling di atas tilam kejuruteraan alam bunian (ni pun ter'exaggerate'  jugak :P) badanku mula bersinar-sinar bak rembulan penuh dan semua sakit-sakit hilang sekelip mata."

atau

"Sejak menampal pelekat ajaib ni di kereta saya, saya dah kurang nak isi minyak RON97 lagi. Kereta pun makin kencang berlari di atas highway."

dan diikuti dengan ayat "Ingin mendapatkan barang 'ajaib' ni meh PM laju-laju."

Amboi, berdekah ASA baca klaim puak-puak charlatan (si penipu yang gatal nak jadi Einstein) yang boleh menyembuhkan 1001 macam penyakit, yang mampu menjana tenaga 'ajaib' dll. Ni kalau Einstein ke Heisenberg (bukan yang Breaking Bad tu ek) hidup lagi ni mau menangis dengar putar alam punya ilmu yang puak-puak ni sampaikan.
Ni bukan Heisenberg fizik tu ek (Curik dekat Wikia)

Ni ASA nak nasihatkan sikit. Kalau lah ada brosur ka flyer ke atau puak-puak yang promot barang dia dekat FB ke Insta, silalah kaji dulu. Lagi-lagi yang dengar macam pelik semacam je. Hai takkan rakyat Malaysia ni senang sangat kena tipu bila dengar istilah-istilah pelik bin aneh ni.

Contoh lah: "Ruang-masa Pertimbangan Sunnah" (ni ASA gabung dari beberapa kisah benar. Pandai-pandailah cari ek. :P) - kalau yang bijak tu mesti tertanya apekebendanya pertimbangan sunnah tu boleh kait dengan ruang-masa? Ini baru satu.

Kalau ada pembaca ASA yang dah 'like' laman Pseudoscience Watch dekat FB mesti lagi gelak besar tak henti-henti bila membaca klaim-klaim puak ni dan hujah-hujah songsang lagi putar alam diorang. ASA syorkan readers semua promot dan likelah page ni supaya semua orang tak ter'ngap' dengan putar alam diorang ni.

Adios!

ASA Says: Ya, setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati. Dan ya, bukan semua benda ajaib boleh dijelaskan sains. TAPI, akal yang waras dan berpedoman mampu membezakan benda ajaib yang benar atau yang penjana 'kertas kijang' bertopengkan benda ajaib dan harapan palsu.

[BACAAN LANJUT: The Red Flags of Quackery (English)]

Friday, 20 March 2015

AZAM... HAMPEH

Assalam semua.

Pejam celik, pejam celik, dah setahun blog ni TAK dikemaskini.

Tahniah, ASA. (Mod sarkastik)

Sakitnya tuh di sini beb.


Rasanya dalam post lepas, ASA ada memohon maaf sebab membuatkan 'rumah' ASA bersawang-sawang. Nampaknya sekali lagi ASA ingin mengucapkan kata maaf kerana sekali lagi membuat sawang di dalam 'rumah'. Setahun tak tulis apa-apa. *Kelas kau Jah!*

Apa pun ASA akan cuba jugak untuk menulis walaupun terlalu sibuk dengan kuliah (iyalah sibuk :P) dan perkara-perkara lain.

Azam kali ini, Insha-Allah, satu atau dua entri sebulan jika tidak sibuk.


Tapi, ASA tetap nak ucapkan terima kasih kepada semua yang singgah di rumah ASA selama ni. Tanpa korang, takdenye ASA rajin nak menulis balik.


ASA Says: Mod cuti musim bunga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WHO AM I?

My photo

Orang selalu panggil Epul. Lebih suka guna nama SESTRONOVA.
Pelajar jurusan Fizik, University of Manchester, United Kingdom.
Skodeng adalah minat saya. Tapi bukan skodeng orang, cuma skodeng bintang (baca: stargazing). Penggemar tegar Nasi Goreng Ayam dan Horlicks Ais. Bakal cikgu fizik. Tapi jangan panggil saya cikgu dulu sebab belum masanya lagi. Hehehehe